Maafkan Saya

4:58 PM

Assalamualaikum wbt.

Maafkan saya kerana membiarkan blog ini terlalu lama sepi tanpa entri. Ianya kekhilafan saya sendiri. Bukan orang lain. Jadi saya minta maaf.

Dari tarikh akhir entri, saya sebenarnya diduga dengan sakit-sakit. Jadi semangat saya hilang untuk mengemaskini, berkongsi. Biarlah saya tempuh sendiri.

Alhamdulillah sakit saya telahpun baik. Kesihatan saya juga bertambah baik.

Bukan mudah juga untuk mulakan sesuatu yang lama kita tinggalkan. Agak lama juga nak kumpul semangat untuk update entri di sini.

Saya tukar url baru. Saya tukar layout. Moga-moga ia menjadi penyuntik semangat saya menulis untuk menyebarkan kebaikan. Mudah-mudahan.

Jadi dengan lafaz bismillah hir rahman nir rahim, sahaja saya update entri permulaan yang baru pada hari ini, dengan niat membantu orang-orang di luar sana yang membaca blog ini dan pembaca blog saya mendapat segala kesihatan dan kebaikan di dunia ini, kerana Allah Taala.

Amin.

Semoga Allah rahmati kita semua.

You Might Also Like

0 comments