ibu hamil

9 Tips Perjalanan Balik Kampung Bagi Ibu Hamil

10:00 AM

Assalamualaikum wbt.

Akak pasti semuanya teruja nak balik kampung menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama saja lagi ni. Mesti tak sabar-sabar nak balik kampung berjumpa ayah bonda dan keluarga. Akak pun tak terkecuali. Tak sabar juga ni. :-)

Bagi adik-adik yang sedang hamil atau baru melahirkan bayi, buatlah perancangan perjalanan balik kampung sebaiknya. Jangan sehingga terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada tempoh yang lama. Sebab ada risikonya.

Risiko perjalanan jauh pada ibu hamil di usia kandungan awal dan akhir, sekitar 3 bulan pertama dan 34 minggu ke atas. Ibu hamil pada usia kandungan begini tidak digalakkan berjalan jauh terutamanya perjalanan yang mengambil masa berjam-jam dan keadaan jalan yang tidak rata. Risikonya mungkin kelahiran pramatang.

Jadi akak nak kongsi tips perjalanan balik kampung bagi ibu hamil agar perjalanan pergi dan balik lancar dan selamat. Insya Allah.

1. Rancang waktu perjalanan. Sebaiknya balik awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk.

2. Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan ibu hamil cergas dan tidak terlalu letih sepanjang perjalanan. 

3. Baju yang selesa, tidak ketat dan longgar. Kita sedia maklum ibu hamil terutama yang di akhir kandungan tidak sesuai lagi memakai baju kurung. Sebaiknya pakailah baju yang selesa.

4. Bawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Sekiranya berpuasa, sebaiknya ambil oat dan kurma semasa bersahur untuk memberikan tenaga dan menghindarkan rasa letih sepanjang perjalanan. Elakkan minuman berkabonat.

5. Apabila berada dalam keadaan duduk yang lama, letakkan bantal kecil di belakang badan dan cuba lunjurkan kaki. Ini untuk mengurangkan kaki menjadi bengkak juga memperbaiki peredaran darah.

6. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan telah diservis sebelum memulakan perjalanan jauh.

7. Berhenti di R&R bila perlu untuk lakukan senaman regangan dan dapat berdiri kerana telah duduk terlalu lama.

8. Sebaik-baiknya elakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas dan keretapi. Kapal terbang pun tidak digalakkan apabila kandungan sudah masuk ke minggu 37 ke atas.

9. Membawa ubat atau supplemen yang dibekalkan oleh doktor - untuk atasi muntah-muntah dan mabuk. Jangan lupa bawa sekali buku merah jambu sekiranya terjadinya kompilasi semasa beraya di kampung, mudah untuk doktor memahami keadaan kandungan kita sebenar.

Diharapkan dengan tips ini, ibu-ibu hamil dapat balik kampung dengan senang hati. Semoga perjalanan adik-adik balik ke kampung sentiasa dilindungi Allah. Selamat pulang ke kampung!

Cuci Cloth Diaper

7 Panduan Mudah Cuci Lampin Kain atau CD (Cloth Diaper)

10:32 AM

Assalamualaikum wbt.

Saya mula menggunakan cloth diaper atau lampin kain untuk anak-anak saya sejak Alam berusia 3 bulan lagi. Sekarang Alam dah 5 tahun. CD-CD Alam dahulu sekarang ini digunakan oleh adik-adiknya, Amelyz 2 tahun dan Alim 1 tahun.



Saya pakaikan Alam CD kerana pada umurnya 3 bulan, dia alami ruam yang teruk di celah peha dan di punggungnya. Dah la budak tu kuat menangis, aduh hai sampai tak tidur malam saya dibuatnya sebab dia tak selesa.

Alhamdulillah selepas menggunakan CD, Alam dah tak alami lagi ruam lampin. Syukur juga kerana banyak jimatnya menggunakan CD ni. Tak perlu beli disposal diaper atau lampin pakai buang setiap bulan. Nak yang bagus kena beli yang mahal. Banyak penjimatan di situ.

Sekarang, Amelyz dan Alim pula menggunakan CD. Sebab dua orang guna serentak, jadi saya perlu membasuh CD dengan kerap, 2 hari sekali. Jadi saya mahu kongsikan panduan mudah mencuci CD ni.

1. Apabila sampai rumah, setelah mengambil anak di taska dan rumah nenek mereka, saya keluarkan CD dari wet bag. Keluarkan insert dari poket CD. Jirus supaya hilang kesan air kencing mereka. Supaya tidak berbau.

2. Sekiranya CD ada mengandungi najis, buangkan najis di dalam mangkuk tandas dan jirus dengan menggunakan paip air. Air deras akan menanggalkan sisa-sisa najis yang tertinggal. Jika ada kesan kuning yang tertinggal, jangan risau, gosok-gosok sedikit dengan tangan. Ia akan hilang. Dan selalunya apabila telah dijemur bawah matahari, kesan-kesan kuning tersebut juga akan hilang.

3. Selalunya selepas bersihkan sisa najis dan air kencing, saya akan letakkan dalam besen besar -  kumpul 2 hari sebelum basuh. Boleh juga biarkan direndam semalaman. Letakkan sesudu soda bikarbonat untuk hilangkangkan benda-benda yang melekat pada CD juga hilangkan bau. Jangan kumpul CD terlalu lama atau terlalu banyak untuk dibasuh bersama - agar cucian lebih bersih.



4. Mudah saja basuh CD ni. Bila waktu membasuh, saya masukkan semua dalam washing net dan masukkan dalam mesin basuh. Tapi asingkan insert dan poket - terpulang juga nak asingkan waktu basuh. Mula basuh poket je semua, kemudian basuh insert je semua. Sebab kena asingkan ini kerana poket CD dan insert berlainan fabrik. Jika dibasuh bersama mungkin boleh rosakkan fabrik CD yang lembut.

5. Sebaik-baiknya jangan gunakan pewangi pakaian atau pencuci pakaian yang mempunyai softener kerana ia boleh merosakkan daya serap CD.

6. Untuk cucian mingguan saya cuma campurkan soda bikarbonat dan cuka saja. Bila nak strip wash baru saya gunakan Basic H Shaklee. Nanti saya buat panduan Strip Wash pula ye.

7. Jemur CD di bawah cahaya matahari bagi menghilangkan kesan-kesan kuning. Cahaya matahari juga merupakan agen pembasmi kuman dan boleh memutihkan CD. Kalau waktu hujan, sebaiknya sidai dalam rumah saja.

Senangkan cuci CD? Semoga ianya bermanfaat pada adik-adik yang baru hendak kenalkan CD pada anak-anak. ;-)