ibu hamil

9 Tips Perjalanan Balik Kampung Bagi Ibu Hamil

10:00 AM

Assalamualaikum wbt.

Akak pasti semuanya teruja nak balik kampung menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama saja lagi ni. Mesti tak sabar-sabar nak balik kampung berjumpa ayah bonda dan keluarga. Akak pun tak terkecuali. Tak sabar juga ni. :-)

Bagi adik-adik yang sedang hamil atau baru melahirkan bayi, buatlah perancangan perjalanan balik kampung sebaiknya. Jangan sehingga terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada tempoh yang lama. Sebab ada risikonya.

Risiko perjalanan jauh pada ibu hamil di usia kandungan awal dan akhir, sekitar 3 bulan pertama dan 34 minggu ke atas. Ibu hamil pada usia kandungan begini tidak digalakkan berjalan jauh terutamanya perjalanan yang mengambil masa berjam-jam dan keadaan jalan yang tidak rata. Risikonya mungkin kelahiran pramatang.

Jadi akak nak kongsi tips perjalanan balik kampung bagi ibu hamil agar perjalanan pergi dan balik lancar dan selamat. Insya Allah.

1. Rancang waktu perjalanan. Sebaiknya balik awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk.

2. Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan ibu hamil cergas dan tidak terlalu letih sepanjang perjalanan. 

3. Baju yang selesa, tidak ketat dan longgar. Kita sedia maklum ibu hamil terutama yang di akhir kandungan tidak sesuai lagi memakai baju kurung. Sebaiknya pakailah baju yang selesa.

4. Bawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Sekiranya berpuasa, sebaiknya ambil oat dan kurma semasa bersahur untuk memberikan tenaga dan menghindarkan rasa letih sepanjang perjalanan. Elakkan minuman berkabonat.

5. Apabila berada dalam keadaan duduk yang lama, letakkan bantal kecil di belakang badan dan cuba lunjurkan kaki. Ini untuk mengurangkan kaki menjadi bengkak juga memperbaiki peredaran darah.

6. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan telah diservis sebelum memulakan perjalanan jauh.

7. Berhenti di R&R bila perlu untuk lakukan senaman regangan dan dapat berdiri kerana telah duduk terlalu lama.

8. Sebaik-baiknya elakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas dan keretapi. Kapal terbang pun tidak digalakkan apabila kandungan sudah masuk ke minggu 37 ke atas.

9. Membawa ubat atau supplemen yang dibekalkan oleh doktor - untuk atasi muntah-muntah dan mabuk. Jangan lupa bawa sekali buku merah jambu sekiranya terjadinya kompilasi semasa beraya di kampung, mudah untuk doktor memahami keadaan kandungan kita sebenar.

Diharapkan dengan tips ini, ibu-ibu hamil dapat balik kampung dengan senang hati. Semoga perjalanan adik-adik balik ke kampung sentiasa dilindungi Allah. Selamat pulang ke kampung!

Cuci Cloth Diaper

7 Panduan Mudah Cuci Lampin Kain atau CD (Cloth Diaper)

10:32 AM

Assalamualaikum wbt.

Saya mula menggunakan cloth diaper atau lampin kain untuk anak-anak saya sejak Alam berusia 3 bulan lagi. Sekarang Alam dah 5 tahun. CD-CD Alam dahulu sekarang ini digunakan oleh adik-adiknya, Amelyz 2 tahun dan Alim 1 tahun.



Saya pakaikan Alam CD kerana pada umurnya 3 bulan, dia alami ruam yang teruk di celah peha dan di punggungnya. Dah la budak tu kuat menangis, aduh hai sampai tak tidur malam saya dibuatnya sebab dia tak selesa.

Alhamdulillah selepas menggunakan CD, Alam dah tak alami lagi ruam lampin. Syukur juga kerana banyak jimatnya menggunakan CD ni. Tak perlu beli disposal diaper atau lampin pakai buang setiap bulan. Nak yang bagus kena beli yang mahal. Banyak penjimatan di situ.

Sekarang, Amelyz dan Alim pula menggunakan CD. Sebab dua orang guna serentak, jadi saya perlu membasuh CD dengan kerap, 2 hari sekali. Jadi saya mahu kongsikan panduan mudah mencuci CD ni.

1. Apabila sampai rumah, setelah mengambil anak di taska dan rumah nenek mereka, saya keluarkan CD dari wet bag. Keluarkan insert dari poket CD. Jirus supaya hilang kesan air kencing mereka. Supaya tidak berbau.

2. Sekiranya CD ada mengandungi najis, buangkan najis di dalam mangkuk tandas dan jirus dengan menggunakan paip air. Air deras akan menanggalkan sisa-sisa najis yang tertinggal. Jika ada kesan kuning yang tertinggal, jangan risau, gosok-gosok sedikit dengan tangan. Ia akan hilang. Dan selalunya apabila telah dijemur bawah matahari, kesan-kesan kuning tersebut juga akan hilang.

3. Selalunya selepas bersihkan sisa najis dan air kencing, saya akan letakkan dalam besen besar -  kumpul 2 hari sebelum basuh. Boleh juga biarkan direndam semalaman. Letakkan sesudu soda bikarbonat untuk hilangkangkan benda-benda yang melekat pada CD juga hilangkan bau. Jangan kumpul CD terlalu lama atau terlalu banyak untuk dibasuh bersama - agar cucian lebih bersih.



4. Mudah saja basuh CD ni. Bila waktu membasuh, saya masukkan semua dalam washing net dan masukkan dalam mesin basuh. Tapi asingkan insert dan poket - terpulang juga nak asingkan waktu basuh. Mula basuh poket je semua, kemudian basuh insert je semua. Sebab kena asingkan ini kerana poket CD dan insert berlainan fabrik. Jika dibasuh bersama mungkin boleh rosakkan fabrik CD yang lembut.

5. Sebaik-baiknya jangan gunakan pewangi pakaian atau pencuci pakaian yang mempunyai softener kerana ia boleh merosakkan daya serap CD.

6. Untuk cucian mingguan saya cuma campurkan soda bikarbonat dan cuka saja. Bila nak strip wash baru saya gunakan Basic H Shaklee. Nanti saya buat panduan Strip Wash pula ye.

7. Jemur CD di bawah cahaya matahari bagi menghilangkan kesan-kesan kuning. Cahaya matahari juga merupakan agen pembasmi kuman dan boleh memutihkan CD. Kalau waktu hujan, sebaiknya sidai dalam rumah saja.

Senangkan cuci CD? Semoga ianya bermanfaat pada adik-adik yang baru hendak kenalkan CD pada anak-anak. ;-)

Sustained Release Vitamin C

Kelebihan Vitamin C dan Vitamin E Shaklee

4:39 PM

Assalamualaikum wbt.

Salam hari Isnin. Hari ini akak nak share tentang kelebihan dan kebaikan Vitamin C dan Vitamin E Shaklee. Bagi dalam gambar je senang nak tengok dan teringat-ingat.

Yang bestnya Vitamin C dan Vitamin E Shaklee ni, akak suka pakai jadi masker muka. Semulajadi lagi. Tak adalah tahan pedih-pedih macam sapu jus lemon di muka - sebagai masker. :-)

Tapi kenapa Shaklee? Sentiasa Berkesan. Sentiasa Semula Jadi dan Sentiasa Mesra Alam.. ;-)


Cepat-cepat contact akak untuk order ok! Nak cantik tak? ;-)

Seronoknya Menyambut Ramadhan

11:38 AM

Assalamualaikum wbt.

Esok, Ramadhan menjelma. Apa persediaan kita? Bersediakah kita membuat amal sebanyak-banyaknya dalam bulan Ramadhan sebab sekiranya kita tak ambil peluang berbuat amalan dalam bulan Ramadhan, maka kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Sempena Ramadhan ini, marilah menafaatkannya dengan amalan-amalan berikut:


  • Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.

  • Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
     
  • Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.[7]
     
  • Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
     
  • Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
     
  • Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.

  • Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.[8]
Semoga amalan-amalan kita, walaupun sekecil mana, Allah terima. Mudah-mudahan. Amin.


Salam Ramadhan dan salam sayang untuk semua. :-)

Cukupkah Keperluan Nutrisi Untuk Badan Kita?

2:59 PM

Makan secara sihat pun boleh provide vitamin yang cukup kepada badan. Tak payah makan supplemen. 

Sebagi seorang mak yang fully breastfeed anak dia. Mak yang kepoh ni sangat concern dengan pengambilan kalsium harian.

80 biji badam membekalkan 250mg kalsium. Keperluan kalsium bagi seorang wanita yang menyusukan anak seperti saya ni adalah 1000mg.

Takkan kena makan sampai 320biji badam setiap hari. Sekilo badam RM40 kauuu...

Selain badam, makanan yang tinggi kalsium termasuklah brokoli, salmon, kacang soya, lobak dan yogurt. Boleh la makan 80biji badam, semangkuk brokoli, 8auns yogurt dan 2 cawan susu untuk menampung keperluan kalsium sehari saya.

Fuhh!! Fuhh!!

Ostematrix, 4 biji sehari - boleh cukupkan keperluan kalsium seharian saya, 1000mg.

Sebotol Ostematrix ada 120 tablet. Cukup untuk sebulan hanya pada harga RM61, jika ambil 4 tablet setiap hari.

Saya ni lokek la juga. Saya hanya ambil 2 tablet setiap hari. Dapatlah Ostematrix tahan sampai 2 bulan.

2 tablet 500mg. Top up kalsium dengan 2 gelas susu setiap hari. Dah. Cukupkan keperluan kalsium untuk badan kita?  :-)

Tu baru contoh keperluan kalsium dalam badan. Belum vitamin A, B, C, D, E dan lain-lain lagi. Semua tu perlu. Kalau tidak 

Kalau kita faham nutrition facts dalam makanan. Kita boleh control apa yang kita makan tanpa perlu risau jadi gemuk, kurang khasiat dll, hanya di hujung jari.


Selamat Datang 2015. Nilai Diri dan Resolusi

10:00 AM

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Masuk tahun baru 2015 dengan berita yang menyedihkan seperti banjir di Pantai Timur dan pesawat AirAsia yang terhempas. Satu demi satu berita sedih dalam 2014 lepas, rakyat Malaysia telan dengan tabah.

Walaupun air mata berderai-derai bila tengok berita, gambar-gambar di FB dan media sosial yang lain. Tangis ahli keluarga mangsa, peritnya dugaan dapat dirasa sama.

Mungkin saya ni emotional sangat. Tapi jiwa saya benar-benar tersentuh. Semoga Allah permudahkan dan ringankan penderitaan mereka.

Ingat. Kena ingat. Allah turunkan dugaan, Allah beri ujian sebab sayang. Sayang pada hambaNya, mahu hambaNya kembali padaNya dengan sebanyak-banyak doa. Insya Allah, Dia Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Insya Allah, Dia beri kebahagiaan di akhirnya. Insya Allah.

:-)

Lalu kita teruskan hidup dan wajiblah kita bersyukur atas udara dan nafas ini. Allah masih beri peluang pada kita untuk beribadah dan beramal sebanyaknya atas lafaz Bismillah.

Kerja jua satu ibadah. Membesarkan anak jua satu ibadah.

Alhamdulillah. Syukur pada Mu Allah.

Pada saya, tinggalkan tahun 2014 dengan kenangan manis atas kelahiran anak ketiga saya pada bulan Jun. Alim dah 6 bulan, masih menyusu badan sepenuhnya, Alhamdulillah. Baru-baru saja ni saya perkenalkan solid food. Organic oat blend halus-halus campur susu ibu. Dia makan sikit-sikit. Tak apa. Nak beri dia belajar makan saja, sementelah susu ibu masih buat dia kenyang. :-)

Apabila masuk tahun baru, orang selalu kaitkan dengan azam dan resolusi. Bukan apa, selalunya tahun baru, kita tutup buku lama buka buku baru, Jadi, dengan buku baru itu, kita iltizamkan dalam hati untuk buat yang terbaik dalam hidup kita. Sebagai titik permulaan untuk meneruskan hidup dengan azam dan matlamat menjadi lebih baik dari kita yang sebelum ini.

Membuat azam dan resolusi adalah perkara yang bagus dan baik. Kerana kita telah setkan hidup kita ada matlamat. Orang yang tiada matlamat dan cita-cita adalah manusia rugi dan hidup dalam keadaan sia-sia.

Apa yang perlu kita buat apabila kita ada azam, matlamat, cita-cita yang kita mahu capai pada tahun ini?

Pertama, nilai diri kita sebelum ini. Sebelum ini kita pemalu, tahun ini kita mahu jadi berani, berkeyakinan tinggi dan ada pendapat sendiri.

Kedua, matlamat yang jelas. Jika kita punya azam untuk dicapai pada tahun ini. Kena ada matlamat yang jelas. Katalah kita berazam mahu turunkan berat badan. Jangan hanya cakap, saya nak kurus. Tu je. Tidak jelas.

Untuk matlamat yang jelas, kita perlu tetapkan, saya nak turunkan berat badan sebanyak 12kg tahun ini. Itu matlamat jangka masa panjang (setahun). Kita pecahkan target dalam jangka masa pendek pula. Saya nak turunkan berat badan 1kg setiap bulan dalam masa setahun

Ketiga, rancangan untuk mencapai matlamat. Apabila matlamat kita jelas, seperti mahu turunkan 1kg setiap bulan, kita buat rancangan macam mana nak turunkan berat badan 1kg sebulan. Senaman 30minit tiap-tiap hari ke, makan makanan takde minyak ke. sapu slimming gel ke, dan sebagainya yang mana sesuai untuk kita.

Keempat. Buat bersungguh-sungguh. Sediakan jadual waktu dan to-do list jika perlu. Istiqomah.

Dan kelima. Doa. Doa pun kena jelas. Doa supaya dipermudahkan. Doa supaya kita kuat untuk istiqomah. Mohon pada Allah semoga apa yang kita mahukan tercapai. Bersangka baik dengan Allah. Jangan cakap, tak kan Allah nak makbulkan. Jika kita sangka begitu, begitulah yang akan kita dapat. Apa-apa usaha tanpa doa, apalah ertinya, ye tak?

Itu sajalah yang saya mahu kongsi sempena tahun baru 2015 ini. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kebaikan dan semoga azam dan impian kita tercapai. Semoga Allah permudahkan kita semua. Amin.

Salam sayang dari mama amyz. xoxo
013 713 0042