Panduan Penyusuan Ibu

Tips Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerja

4:33 PM


*Abaikan stok yang tak tersusun dengan baik tu. -_-'

Penyusuan ibu tidak sepatutnya berhenti apabila habis cuti bersalin dan ibu akan mula bekerja. Seboleh-bolehnya teruskanlah memberikan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun. 

Dengan itu, perancangan dan persediaan awal perlu dilakukan bagi memastikan ibu dapat memberikan susu ibu walaupun sedang bekerja. Lain la kalau nurseri anak dekat dengan office ye tak? Boleh la turun time baby nak susu bebila masa (dengan izin boss la kan..) ;-)

*Saya harapkan kemudahan ini akan diperluaskan di semua pejabat. Supaya ibu dapat menyusukan anak pada waktunya, di samping dapat bekerja. Hati ibu tenang, anak pun dapat susu ibu direct dari ibu. :-)

Saya naik kerja setelah habis cuti berpantang 1 Oktober lepas. Alhamdulillah, saya dapat menyediakan stok yang cukup untuk anak saya di nurseri saat saya bekerja. Di sini saya akan kongsi beberapa perkara yang ibu perlu buat untuk memastikan ibu boleh memberikan susu kepada anak semasa ibu bekerja.

Semasa berpantang, susu boleh dikatakan banyak disebabkan hormon menghasilkan susu sangat tinggi waktu itu. Disebabkan saya mahu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun, maka seminggu selepas bersalin, saya mula mengepam susu. Pengepaman susu selalunya semasa bayi tidur dan selepas bayi menyusu. Tak apa sekiranya dapat kuantiti yang sedikit, tetapi jika dikumpul, akan jadi banyak dan cukup untuk bayi semasa di nurseri kelak.

1. Persediaan awal - pam susu, botol/plastik penyimpanan susu, cooler bag, ice pack.
Saya membeli pam susu seminggu selepas bersalin - beli online je sebelum melahirkan Alam tahun 2010. Alhamdulillah pam Medela Freestyle masih berfungsi dengan baik untuk anak ke 3 saya ni. Memang pelaburan yang berbaloi.
Botol/plastik penyimpanan susu - untuk simpan susu yang telah diperah semasa di pejabat.
Cooler bag & ice pack - untuk menyimpan botol yang mengandungi EBM tadi, dan kekal berada pada suhu sejuk supaya nutrisi susu dapat dikekalkan. Terus masukkan ke dalam freezer bila sampai di rumah. Labelkan botol dengan tarikh dan masa pengepaman.

2. Ajar bayi menyusu menggunakan botol 2 minggu sebelum naik kerja.
Kadang anak ni pandai. Bila kita beri minum guna botol dia tolak. Semasa dengan Alam, banyak juga botol susu yang saya beli untuk beri dia minum dalam botol semasa saya bekerja. Nasib baik dia suka botol MAM. Adik-adik dia tak memilih. Sebab Alam dah guna MAM, adik-adik dia pun terus guna MAM juga.

Cuba beri susu dengan botol, tetapi dengan selain ibu. Bapa misalnya. Supaya dia dapat biasakan diri dan tahu apabila ibu tak ada, dia boleh dapat susu dengan orang lain.

Jadual pemberian susu EBM melalui botol.
Hari pertama & kedua : 1 x susu EBM, lain-lain direct latch
Hari ketiga & keempat : 2 x susu EBM, lain-lain direct latch

Seterusnya ditingkatkan sehingga 2 minggu.

3. Pam susu setiap dua jam di pejabat bagi memastikan payudara sentiasa kosong dan menghasilkan susu. Biarpun susu yang dihasilkan hanya 2oz. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

4. Sentiasa bertenang semasa mengepam. Lihat gambar anak supaya rasa gembira timbul dan menghasilkan hormon oxytocin yang menggalakkan pengeluaran air susu.

5. Cari tempat yang sesuai untuk mengepam. Kebanyakan ibu mengepam di surau. Namun sangatlah bagus sekiranya pejabat ada menyediakan bilik penyusuan.

6. Simpan susu yang diperah di tempat yang sejuk. Peti ais sekiranya ada. Jika tidak, dalam cooler bag bersama ice pack pun memadai. Pastikan ice pack tahan beku sehingga 8 jam supaya suhu sejuk kekal dalam cooler bag.

7. Terus simpan dalam freezer apabila tiba di rumah.

Harap panduan ini dapat membantu ibu-ibu baru yang mahukan penyusuan ibu berterusan sehingga 2 tahun. Semoga ibu-ibu sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Penyediaan susu ebm untuk bayi semasa bekerja pula akan saya kongsi di lain entri. ;-)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyusuan ibu, boleh email saya di amizuraida@gmail (dot) com atau whatsApp 013 713 0042.

Overnights Oats

Overnight Oat Lazat, Berkhasiat.

3:35 PM



Sekarang ini ramai kawan-kawan di FB upload tentang overnight oats pula. Jadi macam trend. Ramai kawan-kawan saya sedar tentang kesihatan dan mengambil makanan yang sihat. Bagus sangat kan? Menjaga kesihatan lebih baik dari merawat. Betul?

Tentang overnight oats ini pula, sebenarnya kita tahu oats adalah salah satu makanan untuk sarapan sekiranya mahu mengikut menu yang sihat. Cuma kebanyakan kita tak suka rasanya dan persembahan makanan yang tak menarik. Putih dan plain. Tak seksi. Nak makan pun tak ada selera. Anak pun mencebik bila diberi oats untuk sarapan. Sedap lagi koko crunch kan?

Lalu terhasillah menu overnight oats yang boleh dipelbagaikan. 

Menyediakan overnight oats adalah mudah. Apa yang diperlukan ialah oat, komponen penyerapan seperti yogurt, susu atau jus dan perasa tambahan seperti buahan dan rempah. Add in seperti chia seed sekiranya mahu nutrition boost. Campurkan semua dan biarkan semalaman sehinga oatmeal menyerap semua cecair.

Langkah demi langkah seperti di bawah:

Sediakan mangkuk/bekas/jar
1/2 cawan oats kering (rolled oats organik adalah terbaik)
Sedikit pemanis seperti madu, molasses.
Pilihan buah-buahan - seperti pisang, epal, berry, kurma, dll
Pilihan cecair - secawan air atau susu badam atau susu atau yogurt
Pilihan rempah - serbuk kulit kayu manis

1. Masukkan oats dalam mangkuk
2. Masukkan pemanis seperti madu atau molasses.
3. Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis atau rempah lain.
4. Masukkan pilihan buah-buahan.
5. Masukkan pilihan cecair seperti susu, air, yogurt atau jus buah-buahan, jus pati delima
6. Biarkan semalaman di dalam peti ais.
7. ENJOY!

* Sebab letak dalam jar supaya mudah dibawa ke office, sekiranya mahu menikmatinya di office. Letak dalam mangkuk bertutup pun ok. Tak ada masalah bekas mana yang lebih baik. Isi di dalamnya lebih penting lagi. :-)

* Jika mahu masukkan kekacang seperti badam, walnut, masukkan pada waktu overnight oats hendak dinikmati. Sekiranya dibiarkan semalaman bersama oats, kekacang rasa macam lemau-lemau, jadi tak berapa sedap.

Resepi lain boleh klik di sini. Atau google saja. Banyak...!

Jika mahu lebih berkhasiat dah lebih lazat, masukkan 1 sudu ESP dan 1 sudu MealShake. Memang sedap.

Untuk lebih muda, masukkan satu sachet Collagen Powder. ;-)