Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

11:29 AM

Semasa mengandungkan anak pertama saya, setiap malam saya selalu terkena kekejangan kaki atau orang kata simpul biawak. Sakitnya sampai nak mengalir air mata. Dan la kaki bengkak, selalu cramp pula tu kan. Haih. Kasihannya la ibu mengandung ni ya?

Oleh itu, saya nak kongsi di sini sebagai panduan ibu-ibu hamil di luar sana cara mengatasi kekejangan kaki semasa hamil.

Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.

Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.

Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1.Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a.Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.

2. Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a. Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

3. Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.

4. Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.

5. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

6.Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.

Semoga tips ini boleh membantu ibu-ibu semua. :-)

You Might Also Like

0 comments