Penyusuan Susu Ibu

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

3:56 PM


:-)

Penyusuan susu ibu banyak kelebihannya, selain ianya percuma. Namun tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Selain banyak memberi kebaikan kepada tumbesaran bayi, penyusuan susu ibu juga memberi banyak kelebihan kepada ibu. Mari lihat. :-)

Kepada bayi:

1. Mengandungi antibodi - mencegah penyakit.
2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi.
3. Mempunyai protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
4. Mengurangkan risiko alahan.
5. Mengurangkan masalah pergigian.
6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan.
8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti.
9. Menggalakkan tumbesaran yang baik.
10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.

Kepada ibu:
1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan.
2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
3. Menjarakkan kehamilan
4. Mempercepatkan penurunan berat badan.
5. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
6. Menjimatkan masa dan wang
7. Mudah dan tak perlu persediaan

Nota: kebaikan seperti di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insya Allah...

Atasi Loya dan Muntah-muntah semasa Hamil

Tips Mengatasi Loya dan Muntah-Muntah Semasa Hamil

2:00 AM

Fasa 1st trimester merupakan fasa kritikal. Sebab badan sedang mengalami perubahan hormon. Masa ni, emosi punya turun naik. Bertabah sajalah.

Masa 1st pregnancy, loya-loya sampai 9 bulan. Seksa. Ada kala masak kena pakai face mask sebab tak boleh tahan bau. Perut tak ada isi pun boleh termuntah-muntah. Seksanyalah. Punyalah tabah ibu dapat menghadapi semua ini kan? Power betul perempuan ni. :-)

Apa yang saya pelajari, dari 1st pregnancy sampai yang ke 3 ini,

1. Jangan biar perut kosong. Makan la sikit-sikit. Buah-buahan adalah pilihan terbaik. Saya makan jambu/jambu air atau honeydew sebab banyak air. Dan banyak membantu kenyangkan perut. Lagi satu epal. Sebab epal boleh kurangkan penghasilan acid dalam perut yang menyebabkan gastrik atau pedih hulu hati. Seksa sangat bila kena.

2. Makan dengan kerap. Ada jadual makan. Bangun pagi, minum air suam + lemon untuk kurangkan rasa loya, mual.

Sarapan antara 7 - 8 pagi. Minum pagi antara 9:30 - 10:30 pagi. Makan tengahari antara 12:30tghari hingga 1:300 ptg. Minum petang antara pukul 4ptg hingga 5ptg. Makan malam antara pukul 7:30 hingga 8:30mlm. Supper antara 9:30 hingga 10:30 malam.

Antara makanan yang saya makan masa interval makan tghari dan malam : biskut, oat, yogurt, buah-buahan, susu.

Makan tengahari dan malam, saya ambil nasi, kentang bakar, ikan bakar, sup, bubur - bertukar-tukar supaya tak loya. Kalau tak dapat telan nasi, makan sup/bubur. Janji makan. Jangan biar perut kosong.

3. Kalau tak boleh minum air kosong sebab sebab muntah - minum air kosong + hirisan lemon sebab boleh hilang rasa loya. Minum air buah yang fresh. Jangan beli kat kedai sebab banyak gula. Nanti kena diabetic pulak. Susah nanti. (Ni saya kena masa anak ke dua. Tak boleh minum air kosong, tibai air bergula je. Dah kena diabetic. Tapi nasib baik tak sampai kena cucuk insulin. :-( )

4. Kacang seperti badam bagus untuk sumber kalsium sekiranya tak boleh ambil susu.

5. Rehat dan tidur dengan secukupnya sebab perubahan hormon badan boleh menyebabkan stress. Tak cukup rehat, lagi banyak stress.

6. Ambil supplement yang mencukupi. Pastikan cara makan supplement juga diberikan kerana tak semua supplement boleh dimakan serentak.

7. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman bergas sebab kandungan kafein menyebabkan zat besi/iron tidak dapat diserap oleh badan.

Semoga ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana. :-)

Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

11:29 AM

Semasa mengandungkan anak pertama saya, setiap malam saya selalu terkena kekejangan kaki atau orang kata simpul biawak. Sakitnya sampai nak mengalir air mata. Dan la kaki bengkak, selalu cramp pula tu kan. Haih. Kasihannya la ibu mengandung ni ya?

Oleh itu, saya nak kongsi di sini sebagai panduan ibu-ibu hamil di luar sana cara mengatasi kekejangan kaki semasa hamil.

Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.

Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.

Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1.Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a.Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.

2. Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a. Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

3. Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.

4. Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.

5. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

6.Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.

Semoga tips ini boleh membantu ibu-ibu semua. :-)

Tips Permudahkan Bersalin

Tips Permudahkan Bersalin

11:24 AM

Ibu-ibu ramai yang terlalu risaukan waktu bersalin, trauma tentang kesakitan, tidak bersedia dan sebagainya. Untuk mempermudahkan ibu melahirkan anak, ibu sepatutnya bertenang dan bacalah zikir-zikir untuk menenangkan diri.

Di sini saya kongsikan tips permudahkan ibu bersalin dengan tenang, dan insya Allah tanpa kesakitan yang teruk dan luka yang banyak.


1. Amalkan amalan sunnah seperti membaca AlQuran, zikir dan doa dipermudahkan bersalin dan doa Nabi Yunus.

Antara surah yang bagus diamalkan sepanjang mengandung dan dipermudahkan bersalin : Ar Maryam. - Sekali sehari, sekurang-kurangnya.
Zikir harian. Doa Nabi Yunus : La illaha illa anta subhanaka inni kuntum minal zholimin..

2. Dari segi pemakanan : boleh amalkan air zam-zam, kurma, minyak kelapa (virgin coconut oil). Kurma boleh memberi tenaga kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Lagi satu ada petua orang tua-tua minum air kepala masa dah nak dekat-dekat bersalin.

3. Amalkan bersenam dan berjalan. Untuk memudahkan laluan terbuka dengan sendirinya.

4. Banyakkan bersama suami.

5. Berendam dengan air suam sebelum ke hospital.

6. Jangan hadkan satu posisi bersalin. Ikut keselesaan ibu. Dan maklumkan pada nurse posisi bersalin mana yang ibu selesa.

7. Sentiasa bertenang, jangan stress. Banyakkan berdoa.

8. Minta nurse ajarkan teknik pernafasan yang betul semasa menghadapi kontraksi - sekiranya tidak ke kelas antenatal.

9. Minta suami urut belakang semasa kontraksi dan sentiasa bertenang.

10. Semasa kontraksi, cuba berjalan sekeliling katil untuk memudahkan bukaan laluan.

Keypoint dalam tips ini banyaknya meminta ibu bertenang. :-) Semoga ibu selamat melahirkan anak yang sihat, dan ibu pun sihat dan selamat.