Tips Kempiskan Perut.

12:37 AM

Kawan-kawan sering mengadu mereka tidaklah gemuk, tetapi punya perut yang agak buncit. Terutama mereka yang sudah melahirkan anak. Perut saya tidaklah kempis macam anak dara dulu, tapi tidak juga buncit macam 2 bulan mengandung. Orang kata, nampak lemak la sikit. Adoi.

Oleh kerana baru melahirkan anak, waktu berpantang inilah waktu yang sesuai untuk turunkan berat badan dan kempiskan perut. Saya kongsi di sini beberapa tips untuk kempiskan atau langsingkan perut. Perut yang kempis dan slim adalah idaman wanita, betul? :-)

1. Minum air campur perahan lemon setelah bangun tidur. Tujuan untuk detox badan dan sangat berkesan dalam melangsingkan badan.

2. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bergula. Kalau boleh kurangkan pengambilan gula. Atau tak ambil langsung. Atau gantikan dengan pemanis bukan gula.

3. Ambil lebih banyak fiber dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi. Makan lebih buah-buahan dan sayur la kiranya. :-)

4. Jogging atau berjalan setengah jam 3 kali seminggu untuk menaikkan kadar metabolisma dalam badan. Lalu menggalakkan proses pembakaran lemak.

5. Jangan makan 3 jam sebelum waktu tidur. Kalau nak makan pun, makan la oat atau buah-buahan atau yogurt.

6.  Ah, paling penting - pengambilan air. 2 - 3 liter sehari. Jangan kurang ambil air. Air sangat-sangat membantu dalam proses pelangsingan badan dan kempiskan perut. Tapi jangan makan sambil sulam air. Tak elok. :-)

7. Ambil susu skim berbanding susu penuh krim. Tujuan untuk mengurangkan pengambilan makanan/minuman berlemak dalam dalam sehari.

8. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkarbonat. 

Kebanyakkan tips adalah tentang cara pemakanan kita. Jadi, untuk dapatkan perut yang langsing, badan yang sihat, kita perlu mulakan dengan diet yang sihat. Ingat, perut adalah punca segala penyakit. Kita beri yang baik untuk badan kita sihat ye?

Marilah menuju kejayaan!

Amyz - kaunsultasi kesihatan anda. Ewah!

You Might Also Like

0 comments