Tips Kurangkan Kesan Regangan Semasa Hamil

12:49 PM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Semasa mengandungkan Alam, saya tidak tahu tentang kesan regangan (stretch mark) langsung. Sehinggalah minggu ke 18, saya lihat bawah perut saya seperti merekah-rekah. Hampir saya histeria. Serius kesan regangan itu menakutkan. Mungkin sebab pertama kali.

Selepas itu, apa lagi, saya terjah farmasi dan Watson mencari krim/losyen. Hampir 4 krim dan losyen saya sapu pada perut saya setiap malam. Bio-Oil, Butter Cream Palmer, VCO dan Olive Oil. Gila tak? Alhamdulillah. Kuranglah sedikit kesan regangan tu sepanjang kehamilan. Maksudnya, tidaklah bertambah teruk. T__T Nangis!

Apa itu strech mark?

Gambar ihsan Google.

Gambar di atas sebagai contoh. Stretch mark bukan saja di kawasan perut saja tau. Kadang-kadang di bahagian peha. Sebab semasa mengandung berat badan kita bertambah, perut pun membesar, jadi kulit pun akan meregang. Selalunya ibu-ibu hamil mesti mengalami kesan regangan seperti ini. Jika dari awal dikawal dan dielak, mungkin kesan regangan tu tidak lah teruk dan mudah untuk dirawat selepas bersalin nanti.

Lagi satu kesan regangan juga terdapat pada mereka yang lose weight. Apabila lemak-lemak hilang dalam proses kuruskan badan, kulit-kulit yang selama ini meregang menjadi kecut dan meninggalkan kesan-kesan regangan. (Itu sebab pentingnya pengambilan ESP dalam set kurus Shaklee, tapi ini cerita lain, Hihi.)

Jadi, untuk adik-adik bakal ibu sekalian, akak suka nak kongsi tips dan panduan untuk adik-adik dalam mengurangkan kesan regangan semasa hamil. Sebaiknya kita kawal sebelum merawat. Prevention is better than cure, omputeh cakap. :-)

Sebaik-baiknya, dah masuk 2 bulan tu, adik-adik dah boleh sapu krim pencegahan kesan regangan. Pastikan kandungan krim/losyen ada mengandungi vitamin E yang cukup bagus dalam merawat masalah kulit. 

Pati aloe vera atau lidah buaya juga boleh mencegah terjadinya kesan regangan.Selain dari itu, minyak zaitun dan minyak kelapa dara juga boleh digunakan untuk mencegah kesan regangan pada perut dan peha. 

Caranya, sapukan pada perut dan peha selepas mandi pagi dan petang. Insya Allah kesan regangan dapat dielak atau jika ada pun tidak seteruk mana.

Minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Sebaik-baiknya 2-3 liter sehari atau ikut berat badan. Berat badan/30 = jumlah air yang perlu diminum. Makan buah-buahan, yogurt dan minum susu segar pun boleh mengelakkan terjadinya kesan regangan.

Elakkan minuman berkafein. Sebab ianya akan mengeringkan kulit. Kulit yang kering akan memburukkan lagi kesan regangan atas kulit kita.

Adik-adik boleh juga mengamalkan body scrub atau lulur badan pada bahagian kesan regangan supaya sel kulit mati pada bahagian itu dapat ditanggalkan dan parut dapat dikurangkan.

Insya Allah, kesan regangan dapat dicegah atau dikurangkan. Yang penting, konsisten dan selalu amalkan. Sebaiknya semasa hamilla kita dah prevent supaya selepas bersalin nanti, kesan regangan tidak begitu teruk dan mudah dirawat.

Juga, akak sangat-sangat cadangkan sekiranya adik-adik nak alternatif dari Shaklee, adik-adik boleh:

<3 Mengambil Protein ESP dan Vitamin C setiap hari

<3 Menyapu bahagian stretchmark dengan Vitamin E

<3 Mengamalkan Collagen Powder Shaklee untuk mempercepatkan pembaharuan dan keanjalan kulit dari dalaman..

Jika tidak mampu mengambil kesemua yang dicadangkan, bolehlah mencuba sekurang-kurangnya salah satu daripada Protein ESP, Vitamin C atau Vitamin E.

Disamping itu, jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter untuk memastikan kulit adik-adik lembap dan sihat.

InsyaaAllah, jika diamalkan dengan konsisten, bukan saja dapat membantu mengurangkan kesan stretchmark, malahan sangat membantu mengekalkan kesihatan kulit adik-adik secara keseluruhannya.

Untuk pertanyaan atau pesanan produk Shaklee, boleh email akak terus pada amizuraida @ gmail dot com atau whatsapp Amyz 013 713 0042.

Semoga panduan ini dapat membantu adik-adik menghadapi kehamilan dengan baik dan mudah-mudah saja. :-)

Salam sayang dari akak;
xoxo
Amyz
~yang baik berterusan~

Diet semasa Menyusukan

Menu Langsingkan Badan Untuk Ibu Menyusukan.

3:40 PM

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Orang kata, saya dah memang semulajadi kurus jadi tak perlu diet sangat pun dah kurus. Tapi sebenarnya ramai orang tak jumpa saya secara fizikal. Sebab kebanyakan kawan-kawan saya di KL, saya di JB. Yang tau saya tembam, suami saya dan kawan-kawan office saya sajalah.

Bila tembam tu, memang saya tak kuasa nak ambil gambar. Haha. T____T

Sebenarnya. sebelum mengandungkan Amelyz, berat saya naik macam dipam-pam. Nak cecah 60kg. Ampun sangat tau! Saya ketakutan. Ye la. Alam dah masuk 2 tahun. Menyusu pun waktu malam. Siang saya dah tak mengepam sebab Alam hanya nak susu saya direct latch saja. Siang dia minum susu formula. Malam saja dia nak mengempeng.

Badan saya ni, kalau tak jaga, potensi untuk mengembang memang ada. Jadi sebelum dia kembang, baiklah saya kawal dan elak.

Sebelum mengandungkan Amelyz, memang gila-gila saya diet, buat detox, malam makan oat saja. Makan buah-buahan. Pergi trial di slimming center. Bila buat trial dapat kurang la 1-2 inci, walaupun berat tak berapa turun sangat, sebab buat 1 sesi je. Saja je la try kan. Pentipu betul. Haha.

Sehingga dapat balik berat ideal, 53kg. Memang niat nak turunkan lagi sehingga 50kg. Tak sempat. Dah mengandungkan Amelyz. Lepas tu pula, nak turunkan berat lagi selepas lahirkan Amelyz, dah mengandungkan Alim. Haih.

So, ini kali lah!!

Kat sini, selain consume set pelangsingan Shaklee, pemakanan seharian juga sangat penting dalam proses nak turunkan berat badan ni. Sebabkan saya masih menyusukan Alim, saya tak boleh cut down makanan macam sebelum Amelyz dulu. Saya perlu makan untuk hasilkan susu.

Sebaik-baik makanan adalah makanan yang boleh boost sekali production susu. Dua dalam satu. ;-)

Tricknya mudah. Sediakan 1 cawan potongan buah-buahan dan sayuran untuk dimakan waktu-waktu lapar atau selepas susukan baby. Mesti rasa lapar.

Ok. Saya nak share menu untuk langsingkan badan bagi ibu yang menyusukan.

Sarapan pagi:
Sandwich dengan hirisan ayam. Jus buah-buahan

Snack:
Bijiran dengan susu

Makan tengahari:
Pasta dengan sayuran. Air kosong

Snack:
Smoothie

Makan Malam:
Salad dengan hirisan ayam. Jus buah-buahan.

Dan saya kongsikan juga panduan menu untuk ibu menyusukan yang saya google dari internet.



Harap dapat membantu ibu-ibu kekal langsing selepas melahirkan, tanpa menjejaskan penyusuan anak. ;-)

Rahsia Kurus.

Saya Nak Kurus!

3:52 PM

Sebelum pregnant. 53kg. Masa pregnant sampai 38 minggu dah nak 70kg tau. Lepas berpantang 44 hari dapat turun sehingga 54kg. Lepas habis cuti bersalin 97 hari (cuti bersalin 90 hari campur cuti tahunan 7 hari.) 53kg.

Bukan mudah nak turunkan berat badan selepas bersalin, terutamanya bila usia dah lebih dari 30 tahun. Metabolisma badan dah berkurang. Bila makan banyak sikit je, terus naik. Susah hati betul la. T__T

Bukan saya nak kurus sangat pun. Tapi saya suka berat badan saya bawah 53kg. Sebab kalau lebih sikit, saya mesti rasa badan tak berapa sedap. Mudah letih, rasa malas. Tu yang tak mahu tu. 

Saya tak adalah diet beriya-iya, tak makan itu ini. Apa yang saya nak makan, saya makan. Bersenam seminggu sekali. Itu pun 10 minit selepas Subuh. Tambahan saya sedang menyusukan anak, jadi saya senang sangat lapar lepas penyusuan. Trick situ, jangan makan makanan yang banyak kalori. Makanan terbaik oat. Saya minum ESP campur oat. Kenyang berkhasiat dan tidak menambah kuantiti lemak dalam badan. Ahaks!

Tak mahu cakap banyak sangat. Biarlah gambar berbicara. :-)



Inilah rahsia kurus. Bukan. Rahsia mengekalkan berat badan ideal saya.

Omega - bakar lemak-lemak dalam badan.
Alfalfa - buang lemak-lemak terbakar tadi dan detoks toksin dalam badan. (Tambah lagi satu keistimewaannya - tambah susu badan!)
ESP - Tone kan semula kulit yang hilang lemak tadi supaya jadi lebih mantap, tegang dan membaik pulih sel dalam badan.

Inilah cara paling selamat dari makan ubat-ubatan kurus badan tanpa piawai dan kelulusan KKM di luar sana tu. Mungkin ambil masa yang panjang, tapi kesan berterusan dan kesihatan berpanjangan dapat dijamin.

Itu sebab saya suka sangat Shaklee ni! :-)

Panduan Penyusuan Ibu

Tips Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerja

4:33 PM


*Abaikan stok yang tak tersusun dengan baik tu. -_-'

Penyusuan ibu tidak sepatutnya berhenti apabila habis cuti bersalin dan ibu akan mula bekerja. Seboleh-bolehnya teruskanlah memberikan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun. 

Dengan itu, perancangan dan persediaan awal perlu dilakukan bagi memastikan ibu dapat memberikan susu ibu walaupun sedang bekerja. Lain la kalau nurseri anak dekat dengan office ye tak? Boleh la turun time baby nak susu bebila masa (dengan izin boss la kan..) ;-)

*Saya harapkan kemudahan ini akan diperluaskan di semua pejabat. Supaya ibu dapat menyusukan anak pada waktunya, di samping dapat bekerja. Hati ibu tenang, anak pun dapat susu ibu direct dari ibu. :-)

Saya naik kerja setelah habis cuti berpantang 1 Oktober lepas. Alhamdulillah, saya dapat menyediakan stok yang cukup untuk anak saya di nurseri saat saya bekerja. Di sini saya akan kongsi beberapa perkara yang ibu perlu buat untuk memastikan ibu boleh memberikan susu kepada anak semasa ibu bekerja.

Semasa berpantang, susu boleh dikatakan banyak disebabkan hormon menghasilkan susu sangat tinggi waktu itu. Disebabkan saya mahu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun, maka seminggu selepas bersalin, saya mula mengepam susu. Pengepaman susu selalunya semasa bayi tidur dan selepas bayi menyusu. Tak apa sekiranya dapat kuantiti yang sedikit, tetapi jika dikumpul, akan jadi banyak dan cukup untuk bayi semasa di nurseri kelak.

1. Persediaan awal - pam susu, botol/plastik penyimpanan susu, cooler bag, ice pack.
Saya membeli pam susu seminggu selepas bersalin - beli online je sebelum melahirkan Alam tahun 2010. Alhamdulillah pam Medela Freestyle masih berfungsi dengan baik untuk anak ke 3 saya ni. Memang pelaburan yang berbaloi.
Botol/plastik penyimpanan susu - untuk simpan susu yang telah diperah semasa di pejabat.
Cooler bag & ice pack - untuk menyimpan botol yang mengandungi EBM tadi, dan kekal berada pada suhu sejuk supaya nutrisi susu dapat dikekalkan. Terus masukkan ke dalam freezer bila sampai di rumah. Labelkan botol dengan tarikh dan masa pengepaman.

2. Ajar bayi menyusu menggunakan botol 2 minggu sebelum naik kerja.
Kadang anak ni pandai. Bila kita beri minum guna botol dia tolak. Semasa dengan Alam, banyak juga botol susu yang saya beli untuk beri dia minum dalam botol semasa saya bekerja. Nasib baik dia suka botol MAM. Adik-adik dia tak memilih. Sebab Alam dah guna MAM, adik-adik dia pun terus guna MAM juga.

Cuba beri susu dengan botol, tetapi dengan selain ibu. Bapa misalnya. Supaya dia dapat biasakan diri dan tahu apabila ibu tak ada, dia boleh dapat susu dengan orang lain.

Jadual pemberian susu EBM melalui botol.
Hari pertama & kedua : 1 x susu EBM, lain-lain direct latch
Hari ketiga & keempat : 2 x susu EBM, lain-lain direct latch

Seterusnya ditingkatkan sehingga 2 minggu.

3. Pam susu setiap dua jam di pejabat bagi memastikan payudara sentiasa kosong dan menghasilkan susu. Biarpun susu yang dihasilkan hanya 2oz. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

4. Sentiasa bertenang semasa mengepam. Lihat gambar anak supaya rasa gembira timbul dan menghasilkan hormon oxytocin yang menggalakkan pengeluaran air susu.

5. Cari tempat yang sesuai untuk mengepam. Kebanyakan ibu mengepam di surau. Namun sangatlah bagus sekiranya pejabat ada menyediakan bilik penyusuan.

6. Simpan susu yang diperah di tempat yang sejuk. Peti ais sekiranya ada. Jika tidak, dalam cooler bag bersama ice pack pun memadai. Pastikan ice pack tahan beku sehingga 8 jam supaya suhu sejuk kekal dalam cooler bag.

7. Terus simpan dalam freezer apabila tiba di rumah.

Harap panduan ini dapat membantu ibu-ibu baru yang mahukan penyusuan ibu berterusan sehingga 2 tahun. Semoga ibu-ibu sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Penyediaan susu ebm untuk bayi semasa bekerja pula akan saya kongsi di lain entri. ;-)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyusuan ibu, boleh email saya di amizuraida@gmail (dot) com atau whatsApp 013 713 0042.

Overnights Oats

Overnight Oat Lazat, Berkhasiat.

3:35 PM



Sekarang ini ramai kawan-kawan di FB upload tentang overnight oats pula. Jadi macam trend. Ramai kawan-kawan saya sedar tentang kesihatan dan mengambil makanan yang sihat. Bagus sangat kan? Menjaga kesihatan lebih baik dari merawat. Betul?

Tentang overnight oats ini pula, sebenarnya kita tahu oats adalah salah satu makanan untuk sarapan sekiranya mahu mengikut menu yang sihat. Cuma kebanyakan kita tak suka rasanya dan persembahan makanan yang tak menarik. Putih dan plain. Tak seksi. Nak makan pun tak ada selera. Anak pun mencebik bila diberi oats untuk sarapan. Sedap lagi koko crunch kan?

Lalu terhasillah menu overnight oats yang boleh dipelbagaikan. 

Menyediakan overnight oats adalah mudah. Apa yang diperlukan ialah oat, komponen penyerapan seperti yogurt, susu atau jus dan perasa tambahan seperti buahan dan rempah. Add in seperti chia seed sekiranya mahu nutrition boost. Campurkan semua dan biarkan semalaman sehinga oatmeal menyerap semua cecair.

Langkah demi langkah seperti di bawah:

Sediakan mangkuk/bekas/jar
1/2 cawan oats kering (rolled oats organik adalah terbaik)
Sedikit pemanis seperti madu, molasses.
Pilihan buah-buahan - seperti pisang, epal, berry, kurma, dll
Pilihan cecair - secawan air atau susu badam atau susu atau yogurt
Pilihan rempah - serbuk kulit kayu manis

1. Masukkan oats dalam mangkuk
2. Masukkan pemanis seperti madu atau molasses.
3. Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis atau rempah lain.
4. Masukkan pilihan buah-buahan.
5. Masukkan pilihan cecair seperti susu, air, yogurt atau jus buah-buahan, jus pati delima
6. Biarkan semalaman di dalam peti ais.
7. ENJOY!

* Sebab letak dalam jar supaya mudah dibawa ke office, sekiranya mahu menikmatinya di office. Letak dalam mangkuk bertutup pun ok. Tak ada masalah bekas mana yang lebih baik. Isi di dalamnya lebih penting lagi. :-)

* Jika mahu masukkan kekacang seperti badam, walnut, masukkan pada waktu overnight oats hendak dinikmati. Sekiranya dibiarkan semalaman bersama oats, kekacang rasa macam lemau-lemau, jadi tak berapa sedap.

Resepi lain boleh klik di sini. Atau google saja. Banyak...!

Jika mahu lebih berkhasiat dah lebih lazat, masukkan 1 sudu ESP dan 1 sudu MealShake. Memang sedap.

Untuk lebih muda, masukkan satu sachet Collagen Powder. ;-)

Penyusuan Susu Ibu

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

3:56 PM


:-)

Penyusuan susu ibu banyak kelebihannya, selain ianya percuma. Namun tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Selain banyak memberi kebaikan kepada tumbesaran bayi, penyusuan susu ibu juga memberi banyak kelebihan kepada ibu. Mari lihat. :-)

Kepada bayi:

1. Mengandungi antibodi - mencegah penyakit.
2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi.
3. Mempunyai protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
4. Mengurangkan risiko alahan.
5. Mengurangkan masalah pergigian.
6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan.
8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti.
9. Menggalakkan tumbesaran yang baik.
10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.

Kepada ibu:
1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan.
2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
3. Menjarakkan kehamilan
4. Mempercepatkan penurunan berat badan.
5. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
6. Menjimatkan masa dan wang
7. Mudah dan tak perlu persediaan

Nota: kebaikan seperti di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insya Allah...

Atasi Loya dan Muntah-muntah semasa Hamil

Tips Mengatasi Loya dan Muntah-Muntah Semasa Hamil

2:00 AM

Fasa 1st trimester merupakan fasa kritikal. Sebab badan sedang mengalami perubahan hormon. Masa ni, emosi punya turun naik. Bertabah sajalah.

Masa 1st pregnancy, loya-loya sampai 9 bulan. Seksa. Ada kala masak kena pakai face mask sebab tak boleh tahan bau. Perut tak ada isi pun boleh termuntah-muntah. Seksanyalah. Punyalah tabah ibu dapat menghadapi semua ini kan? Power betul perempuan ni. :-)

Apa yang saya pelajari, dari 1st pregnancy sampai yang ke 3 ini,

1. Jangan biar perut kosong. Makan la sikit-sikit. Buah-buahan adalah pilihan terbaik. Saya makan jambu/jambu air atau honeydew sebab banyak air. Dan banyak membantu kenyangkan perut. Lagi satu epal. Sebab epal boleh kurangkan penghasilan acid dalam perut yang menyebabkan gastrik atau pedih hulu hati. Seksa sangat bila kena.

2. Makan dengan kerap. Ada jadual makan. Bangun pagi, minum air suam + lemon untuk kurangkan rasa loya, mual.

Sarapan antara 7 - 8 pagi. Minum pagi antara 9:30 - 10:30 pagi. Makan tengahari antara 12:30tghari hingga 1:300 ptg. Minum petang antara pukul 4ptg hingga 5ptg. Makan malam antara pukul 7:30 hingga 8:30mlm. Supper antara 9:30 hingga 10:30 malam.

Antara makanan yang saya makan masa interval makan tghari dan malam : biskut, oat, yogurt, buah-buahan, susu.

Makan tengahari dan malam, saya ambil nasi, kentang bakar, ikan bakar, sup, bubur - bertukar-tukar supaya tak loya. Kalau tak dapat telan nasi, makan sup/bubur. Janji makan. Jangan biar perut kosong.

3. Kalau tak boleh minum air kosong sebab sebab muntah - minum air kosong + hirisan lemon sebab boleh hilang rasa loya. Minum air buah yang fresh. Jangan beli kat kedai sebab banyak gula. Nanti kena diabetic pulak. Susah nanti. (Ni saya kena masa anak ke dua. Tak boleh minum air kosong, tibai air bergula je. Dah kena diabetic. Tapi nasib baik tak sampai kena cucuk insulin. :-( )

4. Kacang seperti badam bagus untuk sumber kalsium sekiranya tak boleh ambil susu.

5. Rehat dan tidur dengan secukupnya sebab perubahan hormon badan boleh menyebabkan stress. Tak cukup rehat, lagi banyak stress.

6. Ambil supplement yang mencukupi. Pastikan cara makan supplement juga diberikan kerana tak semua supplement boleh dimakan serentak.

7. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman bergas sebab kandungan kafein menyebabkan zat besi/iron tidak dapat diserap oleh badan.

Semoga ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana. :-)

Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

11:29 AM

Semasa mengandungkan anak pertama saya, setiap malam saya selalu terkena kekejangan kaki atau orang kata simpul biawak. Sakitnya sampai nak mengalir air mata. Dan la kaki bengkak, selalu cramp pula tu kan. Haih. Kasihannya la ibu mengandung ni ya?

Oleh itu, saya nak kongsi di sini sebagai panduan ibu-ibu hamil di luar sana cara mengatasi kekejangan kaki semasa hamil.

Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.

Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.

Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1.Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a.Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.

2. Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a. Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b. Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

3. Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.

4. Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.

5. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.

6.Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.

Semoga tips ini boleh membantu ibu-ibu semua. :-)

Tips Permudahkan Bersalin

Tips Permudahkan Bersalin

11:24 AM

Ibu-ibu ramai yang terlalu risaukan waktu bersalin, trauma tentang kesakitan, tidak bersedia dan sebagainya. Untuk mempermudahkan ibu melahirkan anak, ibu sepatutnya bertenang dan bacalah zikir-zikir untuk menenangkan diri.

Di sini saya kongsikan tips permudahkan ibu bersalin dengan tenang, dan insya Allah tanpa kesakitan yang teruk dan luka yang banyak.


1. Amalkan amalan sunnah seperti membaca AlQuran, zikir dan doa dipermudahkan bersalin dan doa Nabi Yunus.

Antara surah yang bagus diamalkan sepanjang mengandung dan dipermudahkan bersalin : Ar Maryam. - Sekali sehari, sekurang-kurangnya.
Zikir harian. Doa Nabi Yunus : La illaha illa anta subhanaka inni kuntum minal zholimin..

2. Dari segi pemakanan : boleh amalkan air zam-zam, kurma, minyak kelapa (virgin coconut oil). Kurma boleh memberi tenaga kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Lagi satu ada petua orang tua-tua minum air kepala masa dah nak dekat-dekat bersalin.

3. Amalkan bersenam dan berjalan. Untuk memudahkan laluan terbuka dengan sendirinya.

4. Banyakkan bersama suami.

5. Berendam dengan air suam sebelum ke hospital.

6. Jangan hadkan satu posisi bersalin. Ikut keselesaan ibu. Dan maklumkan pada nurse posisi bersalin mana yang ibu selesa.

7. Sentiasa bertenang, jangan stress. Banyakkan berdoa.

8. Minta nurse ajarkan teknik pernafasan yang betul semasa menghadapi kontraksi - sekiranya tidak ke kelas antenatal.

9. Minta suami urut belakang semasa kontraksi dan sentiasa bertenang.

10. Semasa kontraksi, cuba berjalan sekeliling katil untuk memudahkan bukaan laluan.

Keypoint dalam tips ini banyaknya meminta ibu bertenang. :-) Semoga ibu selamat melahirkan anak yang sihat, dan ibu pun sihat dan selamat.

Set Berpantang Shaklee

Pengalaman Berpantang dengan Shaklee

12:00 PM

Saya bersalinkan anak ketiga saya, baby boy pada 24 Jun yang lepas. Alhamdulillah. Baby sihat dan saya bersalinkan Alim dengan mudah. Set kehamilan Shaklee yang saya amalkan banyak membantu menjaga kesihatan saya sepanjang mengandung.

Semasa pantang, saya terus mengambil set kesihatan ibu bersalin/berpantang Shaklee, iaitu mengandungi Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex. Sebabkan dari mengandung saya ada mengambil Energizing Soy Protein (ESP), sepanjang pantang juga saya mengambilnya. Untuk menambah tenaga dan membaikpulih sel-sel dalam badan.

Alfalfa saya ambil selepas 2 minggu berpantang. Kena ambil untuk turunkan berat badan. Hehe.

Kali ketiga ini, anak saya besar sedikit dari abang dan kakaknya. 3.55kg. Jadi, luka agak besar dan jahitan pun banyak. Saya risau sangat nak buang air besar. Tapi alhamdulillah hari ke 3 pantang, saya dapat membuang dengan mudah.

Jahitan luka juga cepat baik, tak sampai dua minggu. Saya bertenaga untuk menjaga 3 orang anak sepanjang pantang ini. Ada 3 anak, tak boleh nak tidur-tidur siang sangat. Alhamdulillah masih cergas dan bertenaga sehingga suami pulang kerja waktu malam.

Alim menyusu dengan baik, berat badan dia naik dengan cantik. Waktu timbang pada usianya sebulan hari tu, berat naik 4.6kg. Susu badan sepenuhnya. Saya nak dukung dia sekarang dah tak larat. Hehe. Susu pun banyak, dapat menyusukan Alim dan mengepam untuk stok semasa saya kerja nanti.

Akan teruskan pengambilan Shaklee untuk penyusuan pula. Sama saja, ada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Energizing Soy Protein dan tambah OsteMatrik untuk cukupkan bekalan kalsium dalam badan.

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan Alim sehingga 2 tahun. :-)

ESP Soy Protein

Vitamin Shaklee Tak Berkesan?

10:30 AM

Tapi kita tanya diri kita semula, betulkah cara kita mengambil vitamin tersebut?

Kalau nak lihat keberkesanan supplement/vitamin yang kita ambil tu, kita kena: 

1. Ambil secara konsisten. 
2. Ambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan (120 hari)
3. Minum air yang banyak. 
4. Ikut jadual yang diberikan. 
5. Ikut tips pemakanan yang diberikan.

Insya Allah. Kita akan nampak hasilnya dan kesannya adalah berpanjangan. 

Supplement adalah nutrisi yang diperlukan badan. Badan kita ini sangat unik, Ia akan self repair sekiranya nutrisi yang diberikan mencukupi.

Mengapa pengambilan supplement perlu konsisten sekurang-kurangnya 90-120 hari?

Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan istiqamah untuk mendapatkan kesan yang diingini (dalam tempoh penggantian sel). 

Jadi anda harus sabar jika belum mendapatkan hasil serta merta. Berikan masa kepada sel anda untuk menyerap zat-zat vitamin iaitu dalam tempoh 90-120 hari.

Dan jika anda tertanya-tanya kenapa sebotol Vitalea mengandungi 120 tablet, Vitamin C mengandungi 180 tablet. Inilah jawapannya.

Untuk itu menjamin kesannya berpanjangan, kenalah terus mengambil suplemen. :-)

Bagi yang pertama kali mau mencuba mengambil vitamin, saya sarankan anda mengambil Herblax untuk  proses pembersihan organ dalaman tubuh terutamanya usus bagi mengoptimumkan kadar penyerapan zat suplemen diikuti dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) bagi menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat (disamping membaiki sel-sel lama) dan seterusnya, pengambilan vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang lain secara konsisten.

 


Untuk konsultasi kesihatan, cara pengambilan vitamin, pertanyaan dan pesanan;
Hubungi
Amyz!
email : amizuraida@gmail.com
sms/whatsapp : 013 713 0023

Tips Kesihatan

Pulihkan Badan Selepas Bersalin

1:30 AM

Disebabkan saya baru saja lepas melahirkan anak, jadi elok juga saya kongsikan bagaimana caranya memulihkan badan selepas bersalin. Apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh berpantang.

Yang penting, selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat. Iyalah, banyak tenaga dan darah yang mengalir sewaktu proses melahirkan. Berehat perlu untuk memulihkan kembali tenaga dan badan dapat dipulihkan.

Selain itu, ibu boleh amalkan cara di bawah untuk memulihkan badan selepas bersalin. :-)

1. Urutan
Urutan mampu menigkatkan pengaliran darah, memulihkan kekejangan otot, dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan ke tubuh. Apabila aliran darah berjalan lancar, ia apat mengelak dari masalah lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit badan. Badan menjadi lebih segar, sihat dan mengurangkan kelesuan.

2. Lulur atau skrub badan
Sebahagian ibu yang mengalami perubahan hormon semasa hamil biasanya akan mengalami perubahan warna kulit termasuk kulit menjadi lebih hitam. bahagian yang hitam termasuk leher, perut, ketiak, tumit, paha atau ada juga sebahagian tubuhnya hitam. Dengan menggunakan lulur atau scrub badan anda dapat mengembalikan kehitaman tersebut, tubuh menjadi lebih halus, lembut, sihat dan sekaligus dapat mencerahkan semula warna kulit anda.

3. Pemakaian bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahgaian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.  

4. Mandian
Jenis-Jenis mandian seperti mandi bunga, mandi rempah, mandi lulur, mandi dedaun dan mandi susu dipercyai dapat membuang angin dalam badan serta memberi kepanasan pada badan di samping dapat mengecutkan rahim, membersihkan vagina, melancarkan perjalanan darah, menyegarkan badan dan memberi tenaga pada tubuh.

5. Bertungku
Bertungku dikatakan dapat membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal. Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam atau sekurang-kurangnya sejam.

6. Spa di rumah
Rawatan spa tentunya rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Para ibu boleh mendapatkan khidmat rawatan spa secara eksklusif di rumah bagi rawatan selepas bersalin dan penjagaan ibu dan bayi dengan bidan yang berpengalaman.

Jangan pandang remeh kepada fasa pemulihan ini. Memulihkan diri selepas bersalin adalah sangat penting supaya badan kembali sihat bertenaga. Tinggalkan segala kerja, rehatkan diri anda, manjakan diri anda dalam tempoh pemulihan ini supaya badan anda betul-betul bersedia untuk memikul lebih banyak tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Jangan lupa ambil supplemen untuk membekalkan nutrisi yang cukup untuk memulihkan badan ibu selepas bersalin. Apa lagi kalau bukan, Set kesihatan ibu berpantang/bersalin Shaklee. :-)

Amyz!
Kaunsultasi kesihatan anda.

Hubungi saya untuk tingkatkan taraf kesihatan anda.
email : amizuraida@gmail.com
sms/whatsapp : 013 713 0042

Tips Kempiskan Perut.

Tips Kempiskan Perut.

12:37 AM

Kawan-kawan sering mengadu mereka tidaklah gemuk, tetapi punya perut yang agak buncit. Terutama mereka yang sudah melahirkan anak. Perut saya tidaklah kempis macam anak dara dulu, tapi tidak juga buncit macam 2 bulan mengandung. Orang kata, nampak lemak la sikit. Adoi.

Oleh kerana baru melahirkan anak, waktu berpantang inilah waktu yang sesuai untuk turunkan berat badan dan kempiskan perut. Saya kongsi di sini beberapa tips untuk kempiskan atau langsingkan perut. Perut yang kempis dan slim adalah idaman wanita, betul? :-)

1. Minum air campur perahan lemon setelah bangun tidur. Tujuan untuk detox badan dan sangat berkesan dalam melangsingkan badan.

2. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bergula. Kalau boleh kurangkan pengambilan gula. Atau tak ambil langsung. Atau gantikan dengan pemanis bukan gula.

3. Ambil lebih banyak fiber dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi. Makan lebih buah-buahan dan sayur la kiranya. :-)

4. Jogging atau berjalan setengah jam 3 kali seminggu untuk menaikkan kadar metabolisma dalam badan. Lalu menggalakkan proses pembakaran lemak.

5. Jangan makan 3 jam sebelum waktu tidur. Kalau nak makan pun, makan la oat atau buah-buahan atau yogurt.

6.  Ah, paling penting - pengambilan air. 2 - 3 liter sehari. Jangan kurang ambil air. Air sangat-sangat membantu dalam proses pelangsingan badan dan kempiskan perut. Tapi jangan makan sambil sulam air. Tak elok. :-)

7. Ambil susu skim berbanding susu penuh krim. Tujuan untuk mengurangkan pengambilan makanan/minuman berlemak dalam dalam sehari.

8. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkarbonat. 

Kebanyakkan tips adalah tentang cara pemakanan kita. Jadi, untuk dapatkan perut yang langsing, badan yang sihat, kita perlu mulakan dengan diet yang sihat. Ingat, perut adalah punca segala penyakit. Kita beri yang baik untuk badan kita sihat ye?

Marilah menuju kejayaan!

Amyz - kaunsultasi kesihatan anda. Ewah!